RASULULLAH SAW : ROLE MODEL SEPANJANG ZAMAN
00:17 | Author: CaHaYa KeADILaN
Amalan : Amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah)
sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasa'i drp Aisyah dan Ummu Salamah)

Tahajjud : Rasulullah SAW bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua
kaki baginda. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasa'i, Ibnu Majah kpd
Mughirah)

Puasa : Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. (Riwayat Ibnu Majah)

Pakaian : Adalah pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah gamis. (Riwayat Abu
Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah)

Berserban : Apabila Rasulullah SAW berserban ia akan melabuhkan ekor serbannya antara
dua bahunya. (Riwayat At Termizi daripada Ibnu Umar)

Bertemu : Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, ia tidak akan berdiri
menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau
kiri pintu sambil mengucapkan, Assalamualaikum,Assalamualaikum.
(Riwayat Ahmad dan Daud daripada Abdullah bin Asr)

Sujud Syukur : Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan
hatinya Baginda akan terus sujud sebagai tanda syukur pada Allah SWT.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada abi Bakrah)

Berbaring : Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), Baginda akan meletakkan
tangan kanannya di bawah pipi kanannya. (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)

Makan : Adalah Rasulullah SAW apabila Baginda makan tengah hari Baginda tidak akan makan
malam lagi jikalau Baginda makan malam Baginda tidak akan makan tengah hari.
(Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id)

Berwudhuk : Apabila Rasulullah SAW berwudhuk, Baginda akan menyelati janggutnya dengan
air. (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)

Ketawa : Apabila Rasulullah SAW ketawa, Baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya.
(Riwayat Bughawi daripada Walid Murrah)

Istighfar : Apabila Rasulullah SAW menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun
meninggalkannya, Baginda akan beristighfar sebanyak 10 - 15 kali.
(Riwayat Ibnu Sinni daripada Abi Umamah)

Berani : Adalah Nabi SAW orang ynag paling baik, paling pemurah dan paling berani.
(Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah daripada Anas)

- Dipetik drp: Motivasi Pembelajaran Bestari Kaedah Islam -

Bersama-sama kita mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita.....
Dengarkan Perkataannya,Jangan Lihat Orangnya...
09:20 | Author: CaHaYa KeADILaN
Malam itu, untuk ketiga kalinya pencuri itu tertangkap oleh Abu Hurairah ketika sedang mencuri makanan bilik kaum muslimin.

Kata Abu Hurairah:

"Sesungguhnya akan aku bawa menghadap Rasulullah S.A.W. Ini adalah kali yang ketiga kau datang. Padahal kau telah berjanji untuk tidak akan kembali, tapi ternyata kau balik lagi."

Kata orang itu:

"Lepaskanlah aku, akan aku ajari kau beberapa kalimat yang Allah memberikan manfaat pada kalimat-kalimat itu."

Abu Hurairah bertanya:

"Apa itu?"

Orang itu berkata:

"Jika engkau hendak tidur, bacalah ayat Kursi. Kerana Allah akan menjagamu sampai kau bangun, dan syaitan tak akan berani mendekatimu."

Lalu Abu Hurairah pun membebaskannya. Esoknya, Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Abu Hurairah tentang tawanannya semalam. Kata Abu Hurairah:

"Wahai Rasulullah S.A.W., dia menyangka bahawa dia telah mengajarku beberapa kalimat yang bermanfaat bagiku, maka aku bebaskan dia."

Rasulullah S.A.W. bertanya lagi:

"Apa itu?"

Abu Hurairah berkata:

"Dia berkata padaku agar aku membaca ayat Kursi sebelum tidur. Dan apabila aku membacanya, maka aku akan dijaga oleh Allah sampai subuh dan tidak akan ada syaitan yang mendekatiku."

Rasulullah S.A.W. bersaba:

"Ketahuilah, sesungguhnya dia telah berkata jujur padamu padahal sebenarnya dia itu pendusta. Tahukah kau siapa orang yang kau ajak bicara selama tiga malam ini,wahai Abu Hurairah?"

Abu Hurairah menjawab:

"Tidak."

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Dia itu adalah syaitan."

( Hadis Riwayat Bukhari)

Lihat kisah di atas, bagaimana syaitan mengetahui akan fadilat ayat Kursi, padahal itu sama sekali tidak ada gunanya bagi dirinya. Malah Abu Hurairah yang memanfaatkan apa yang diajarkan syaitan kepadanya.

Begitulah syaitan, terkadang dia mengetahui sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain, tapi tidak ada manfaatnya bagi dirinya sendiri. Demikian pula manusia, seseorang itu mengetahui hal-hal yang baik dan berguna bagi dirinya, namun dia tidak mengamalkannya. Lalu ilmunya diambil oleh orang lain dan dimanfaatkan.

Kalau kita perhatikan, hampir tidak ada bezanya atau bahkan tidak berbeza sama sekali di antara syaitan dengan orang yang suka menyuruh untuk berbuat baik tetapi dirinya sendiri tidak melakukan apa yang dia katakan. Atau orang yang mempunyai banyak ilmu tetapi ilmunya tidak bermanfaat bagi dirinya. Ilmu yang dimilikinya sama sekali tidak ada pengaruh dalam kehidupan beragama dan fikrahnya.

Orang yang seperti ini, sama saja dengan syaitan. Bahkan boleh jadi mereka lebih syaitan daripada syaitan itu sendiri. Sebab syaitan memang dari sananya sudah mengisytiharkan dirinya sebagai musuh Allah dan orang-orang mukmin. Jadi wajar kalau mereka tidak mahu melakukan amal kebaikan meskipun mereka mengetahuinya.

Orang-orang model beginilah yang dikecam oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Apakah kalian menyuruh orang-orang untuk berbuat baik sementara kalian melupakan diri sendiri padahal kalian membacaa al-Kitab?"
(Surah Al-Baqarah: ayat 44)

Namun meskipun mereka "cuma pintar berhujah", bukan bererti kita tidak boleh mengambil perkataan mereka. Selagi ia tidak melencong dari al-Quran dan Sunnah, boleh saja kita mendengarkan apa yang mereka katakan. Ali bin Abi Talib pernah berkata:

"Undzur maa qoola, walaa tandzur man qoola"

Maksudnya:

"Lihatlah apa yang dikatakan, dan jangan kau melihat siapa yang mengatakan."

Renung-renungkan dan fikir-fikirkan bersama.....
Semoga kita tergolong dalam golongan yang dikehendaki-Nya.....
InsyaALLAH.....

- Dipetik drp Koleksi Motivasi -
Manusia Diburu...
08:56 | Author: CaHaYa KeADILaN
Dikisahkan apabila tiba hari kiamat maka akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang digelar Huraisy yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari barat ke timur.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibrail a.s. berkata:

"Wahai Huraisy,kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu kata Huraisy:

"Aku mencari 5 jenis orang iaitu:

1. Orang yang tidak mengerjakan sembahyang.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang menderhakai ibu bapanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap tentang hal dunia di dalam masjid.

Bersama-samalah kita renungkan.....