RASULULLAH SAW : ROLE MODEL SEPANJANG ZAMAN
00:17 | Author: CaHaYa KeADILaN
Amalan : Amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah)
sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasa'i drp Aisyah dan Ummu Salamah)

Tahajjud : Rasulullah SAW bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua
kaki baginda. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasa'i, Ibnu Majah kpd
Mughirah)

Puasa : Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. (Riwayat Ibnu Majah)

Pakaian : Adalah pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah gamis. (Riwayat Abu
Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah)

Berserban : Apabila Rasulullah SAW berserban ia akan melabuhkan ekor serbannya antara
dua bahunya. (Riwayat At Termizi daripada Ibnu Umar)

Bertemu : Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, ia tidak akan berdiri
menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau
kiri pintu sambil mengucapkan, Assalamualaikum,Assalamualaikum.
(Riwayat Ahmad dan Daud daripada Abdullah bin Asr)

Sujud Syukur : Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan
hatinya Baginda akan terus sujud sebagai tanda syukur pada Allah SWT.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada abi Bakrah)

Berbaring : Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), Baginda akan meletakkan
tangan kanannya di bawah pipi kanannya. (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)

Makan : Adalah Rasulullah SAW apabila Baginda makan tengah hari Baginda tidak akan makan
malam lagi jikalau Baginda makan malam Baginda tidak akan makan tengah hari.
(Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id)

Berwudhuk : Apabila Rasulullah SAW berwudhuk, Baginda akan menyelati janggutnya dengan
air. (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)

Ketawa : Apabila Rasulullah SAW ketawa, Baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya.
(Riwayat Bughawi daripada Walid Murrah)

Istighfar : Apabila Rasulullah SAW menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun
meninggalkannya, Baginda akan beristighfar sebanyak 10 - 15 kali.
(Riwayat Ibnu Sinni daripada Abi Umamah)

Berani : Adalah Nabi SAW orang ynag paling baik, paling pemurah dan paling berani.
(Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah daripada Anas)

- Dipetik drp: Motivasi Pembelajaran Bestari Kaedah Islam -

Bersama-sama kita mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita.....
|
This entry was posted on 00:17 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: