Israk Mikraj Pedoman Umat
16:22 | Author: CaHaYa KeADILaN
Berpegang teguh dengan Islam walaupun ditindas kerana segala kesukaran pasti berakhir
TAHLIL adalah pengucapan kalimah 'La ilaha illallah', tahmid pula mengucap kalimah 'Alhamdulillah' dan tasbih ialah mengucap 'Subhanallah'.
Pengucapan kalimah terakhir itu bertujuan menunjukkan rasa takjub terhadap sesuatu, manakala Alhamdulillah pula bagi menunjukkan syukur. Kalimah pertama 'La ilaha illallah' dilafazkan bagi menunjukkan ketauhidan atau keesaan Allah SWT. Subhanallah yang bererti Maha Suci Allah pula lafaz doa dan zikir yang mempunyai banyak manfaat antaranya berat timbangan kebaikan walaupun ia hanya satu lafaz mudah seperti dinyatakan dalam hadis.

Dalam ajaran Islam, lafaz ini menunjukkan kesucian Allah SWT dari segala kekurangan dan ucapan menunjukkan kesempurnaan-Nya.
Di samping huruf potong (muqatta'at) seperti alif lam mim, surah al-Quran juga banyak dimulai dengan perkataan 'sabbaha' (3 surah: al-Hadid, al-Hasyr dan al-Saff), 'yusabbihu' (2 surah: al-Jumu'ah dan al-Taghabun) dan 'subhana' (1 surah: al-Isra') yang mempunyai pengertian mengucap tasbih. Sebagai contoh, permulaan surah al-Hadid (besi) maksudnya: "Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah SWT dan Dialah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

Permulaan surah al-Jumu'ah (Jumaat), contoh lain yang bermaksud: "Segala yang ada di langit dan di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekian alam), Yang Maha Suci lagi Maha Bijaksana."
Ketika mengkisahkan perjalanan Israk Mikraj junjungan besar kita, al-Quran memulakan ceritanya menggunakan kata dasar 'subhana' tidak seperti kedua-dua surah di atas yang menggunakan kata kerja. Mengapa? Wallahu a'lam.
Pada awal surah al-Israk (perjalanan ketika malam) Allah SWT berfirman maksudnya: "Maha suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang sudah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah al-Israk: 1)
Jika dalam permulaan lima surah lain difokuskan edisi bahasanya pada 'tetap mengucap tasbih' dan 'sentiasa mengucap tasbih,' maka dalam surah al-Israk yang ditekankan ialah 'Maha Suci Allah.'

Bagi kelima-lima surah berkenaan, fokus pembicaraan ialah makhluk yang mengucap tasbih kerana sifat Allah SWT, manakala surah al-Israk fokusnya pada kudrat Allah SWT yang sudah menggerakkan hamba-Nya melakukan perjalanan pada malam yang sangat dahsyat sehingga menjadi mukjizat di samping mukjizat abadi al-Quran al-Karim, kerasulan Muhammad SAW.
Peristiwa Israk Mikraj ialah mukjizat. Oleh itu, tiada alasan menolak hakikatnya dengan roh dan jasadnya kerana peristiwa Israk Mikraj agung bukan atas usaha ikhtiar Nabi SAW, sebaliknya Baginda menghebahkan kepada orang ramai sudah 'diisrak dan dimikrajkan' oleh Allah SWT bersama malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah SWT bernama buraq yang dicipta daripada cahaya.
Buraq kenderaan khusus untuk suatu pengembaraan Nabi SAW dalam peristiwa bersejarah 'diisrak dan dimikrajkan' ke langit. Ini bermakna Israk Mikraj ialah peristiwa di luar kemampuan Nabi SAW untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki Allah SWT berlaku ke atas Nabi SAW dengan dibantu malaikat Jibril. Antara sebab berlaku peristiwa Israk Mikraj pada tahun ke-11 kenabian Baginda SAW ialah penolakan penduduk Makkah dan Taif terhadap ajaran Islam yang dibawa Baginda.
Seperti kita ketahui, dalam 11 perjalanan dakwah itu, Baginda mengalami pelbagai cabaran dan rintangan daripada kaumnya sehingga memutuskan pergi ke kota Taif untuk berdakwah dan mencari bantuan.
Malangnya, di Taif Baginda menerima cabaran dan rintangan lebih dahsyat daripada di Makkah. Baginda dilontar batu, pelepah kurma, selipar bahkan kotoran oleh penduduk Taif sehingga malaikat bukit memohon kebenaran Baginda untuk menghancurkan penduduk Taif dengan membenam mereka ke dalam bumi.
Dengan sifat kasih sayangnya, Baginda tidak rela berbuat demikian, malah mengucapkan doa masyhur 'Allahummahdi qaumi fainnahum la ya'lamun' (Wahai Allah, berikanlah petunjuk kepada umatku kerana mereka adalah kaum yang belum mengetahui apa-apa).
Baginda akhirnya kembali ke Makkah dan menerima hakikat manusia tidak boleh diharapkan untuk diminta pertolongan kecuali meminta kepada Allah SWT. Selepas itu berlaku pemulauan yang tidak perikemanusiaan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik terhadap Baginda dan pengikut, khasnya keluarga bani Hashim oleh puak Quraisy sehingga seolah-olah mereka tidak wujud di muka bumi ini walaupun mereka sebenarnya pemimpin terkemuka di kalangan bangsa Arab.
Tidak lama selepas itu, dua tonggak utama kehidupan Baginda selama ini iaitu Siti Khadijah, (isteri) dan Abu Talib, (bapa saudara) meninggal dunia. Tahun itu dikenali sebagai tahun dukacita, 'Am al-huzn.
Sesuai dengan janji Allah SWT kepada Baginda SAW pada permulaan dakwah dalam al-Quran bermaksud: "(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkan kamu dan Dia tidak benci (kepadamu, seperti yang dituduh oleh kaum musyrik)," (Surah al-Duha: 3), maka tiba masanya menunjukkan kepada manusia walaupun Baginda tidak diterima penduduk dunia, maka penduduk langit menerimanya.
Terjadi peristiwa Israk Mikraj sebagai bukti kesulitan yang selama ini melekat pada diri Baginda ketika berdakwah, ada masa untuk berakhir di samping ada pula kemudahan.
Pada hari ini, umat Islam sebagai pembawa agama Islam masih bergelumang kehinaan. Ke mana mereka pergi dan di mana mereka berada, masih dianggap menggugat keselamatan.
Mereka dibunuh walaupun masih dalam perbicaraan mahkamah dan pembunuhnya turut dicadangkan untuk menerima anugerah pingat kebesaran The Cross of Honor oleh kerajaan seperti yang berlaku terhadap Marwa al-Sharbiny di Jerman, awal bulan ini.
Begitu juga saudara kita di Xinjiang, China, yang wilayahnya satu per enam China dan kota minyak kedua terbesar masih dibayangi ketidakadilan pihak berkuasa negara mereka sehinggakan ada yang berasa tertindas di tanah asal mereka yang membawa kepada rusuhan minggu lalu.
Banyak lagi kejadian yang membuat hati kita sebagai pengikut Nabi SAW berasakan seperti dirasai Baginda dan sahabat. Bahkan seolah-olah ia baru berlaku semalam walaupun kejadiannya sudah berlaku lebih 1430 tahun lalu.
Bagaimanapun, sebagai orang beriman kita jangan berasa terhimpit sejengkal pun kerana setiap keadaan pasti berubah. Sebaik-baik ibadat ialah menanti kemudahan dengan sabar biarpun hari terus berganti. Pasti yang ghaib tetap tersembunyi dan Allah SWT tetap pada keadaan dan sifat-Nya.
Allah SWT mungkin menciptakan sesuatu yang baru selepas itu. Selepas lenyap kesukaran, tetap muncul kesenangan. InsyaAllah.
- Dipetik drp : Artikel Agama -
Peristiwa Israk Mikraj
16:03 | Author: CaHaYa KeADILaN
Lima Pengajaran Utama Peristiwa Israk Mikraj

Kembara Rasulullah ke alam lain perkuat lagi akidah mengenai kepercayaan ghaib, perintah solat.
KINI selepas 40 tahun angkasawan Niel Amrstrong bersama Apollo 11, menjejakkan kaki ke bulan, masih banyak lagi rahsia langit yang tidak diketahui akal fikiran manusia. Malah akal tidak mampu untuk memikirkan sesuatu kecuali berdasarkan apa yang dapat dicapai pancaindera. Justeru, wahyu dan pertolongan Allah SWT saja yang boleh merungkai segala rahsia alam.
Contohnya peristiwa kembara agung Rasulullah SAW ke langit menjadi bukti kepada orang beriman betapa Allah Maha berkuasa menjemput kekasihnya, Nabi Muhammad SAW menerusi perjalanan menakjubkan daripada Masjidil Haram di Makkah, melalui ruang udara Madinah kemudian menuju ke Baitul Maqdis di Palestin, lalu dibawa naik melepasi langit ke tujuh dalam satu malam bertemu zat Allah SWT Yang Maha Mulia.

Peristiwa menghairankan ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud; "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui . (Surah al-Isra':1) Sehubungan dengan itu, umat Islam diingatkan agar tidak menjadikan peristiwa ini sebagai acara tahunan yang hanya dipenuhi dengan sesi ceramah dan juadah enak yang menyelerakan saja tanpa berusaha mengambil pelajaran daripada kejadian itu. Banyak kewajipan agama sama ada yang tersurat mahupun tersirat boleh dijadikan pedoman untuk manusia memperkuat keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Antaranya ialah;

Wajib beriman dengan perkara ghaib
Peristiwa Israk Mikraj adalah peristiwa ghaib yang pernah menyebabkan sebilangan masyarakat Arab murtad kerana tidak dapat menerima perkhabaran disampaikan Nabi Muhammad SAW. Mana tidaknya, perjalanan mengambil masa berbulan-bulan ditempuhi Baginda SAW tempoh satu malam. Oleh itu, setiap umat Islam wajib percaya dengan perkara ghaib yang menjadi asas tauhid kepada Allah SWT. Ia bukanlah sesuatu yang begitu sukar kerana di dunia ini banyak perkara dibuktikan sains wujud tetapi tidak terlihat pandangan mata kasar. Contohnya oksigen dihidu oleh manusia setiap masa masih tidak diketahui hakikat sebenarnya.

Perintah wajib mengerjakan sembahyang
Ibadah sembahyang yang difardukan Allah SWT pada malam Israk dan Mikraj adalah suatu kaedah unik yang diadaptasi daripada pelakuan malaikat bagi melaksanakan tanggungjawab ibadah kepada Allah SWT. Setiap umat Islam wajib melaksanakan perintah ini, dalam apa situasi tanpa sebarang persoalan. Sembahyang lima waktu adalah tiang agama yang wajib dilaksanakan dengan penuh rasa khusyuk sambil mengharapkan keredaan.

Wajib percaya dengan hari Kiamat
Sayugia difahami bahawa kehidupan dunia hanya sementara, seluruh manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihisab segala perlakuan ketika di dunia. Berdasarkan gambaran dunia laksana wanita tua yang uzur dan tak berdaya yang dipertontonkan kepada Nabi Muhammad SAW di malam Israk dan Mikraj, dunia kini di ambang kehancuran. Oleh itu setiap orang Islam bukan saja wajib percaya dengan Hari Kiamat tetapi diperintahkan untuk membuat persiapan berupa bekalan amal kebajikan bagi menghadapi hari dahsyat itu. Individu Muslim disaran agar meletakkan diri dalam realiti seorang pengembara dalam perjalanan bertemu Allah SWT dengan membawa berbagai bekalan kebajikan semasa di dunia bagi mengelak kesulitan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Disamping itu persembahan hadiah berupa amalan ibadah kepada Allah SWT juga mesti disediakan agar beroleh kebahagiaan yang kekal lagi abadi.

Wajib percaya dengan azab Tuhan
Berbagai-bagai seksaan ditunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Israk dan Mikraj akibat perbuatan zina, makan riba', ingkar menunaikan kewajipan sembahyang dan membayar zakat, selalu berdusta serta pecah amanah membuktikan betapa Allah SWT Maha Berkuasa menghukum hamba yang berdosa. Semua gambaran itu diharap menginsafkan umat Islam agar sentiasa menjauhi perbuatan dosa. Dari sudut lain, gambaran kurnia Ilahi kepada satu kaum yang menanam tanaman dan menuai pada hari sama seharusnya menjadikan individu Muslim memiliki semangat juang tinggi terutama ketika berhadapan dengan syaitan.

Wajib percaya dengan qada dan qadar
Dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini, manusia berdepan dengan dugaan dan rintangan yang mematangkan jiwa. Biasa didengar ada orang yang beroleh kenikmatan dan terdapat pula yang ditimpa musibah. Nabi Muhammad SAW sebagai insan biasa juga tak lekang daripada ujian itu. Sebelum dijemput naik ke langit, Nabi Muhammad SAW diuji dengan kehilangan 2 individu penting dalam karier dakwahnya iaitu Aminah isterinya dan Abu Talib bapa saudaranya. Tetapi baginda SAW tetap tabah menghadapi ujian itu sehingga dipertemukan dengan Kekasihnya di malam Israk dan Mikraj yang penuh keberkatan. Maka selayaknya umat Islam mencontohi perbuatan Nabi Muhammad SAW dengan menerima segala qada dan qadar Ilahi tanpa terlalu bersedih apabila ditimpa musibah ataupun terlalu bergembira apabila diberi kenikmatan kerana ia suatu bentuk penilaian Allah SWT kepada hamba-hambanya.
Ada pelbagai lagi iktibar yang boleh diperoleh oleh sesiapa yang dibukakan hatinya oleh Allah SWT. Namun yang lebih utama, janganlah kita hanya berseronok merayakan berbagai hari kemuliaan Islam tanpa merenung pelajaran di sebalik setiap peristiwa yang berlaku.
- Dipetik drp : Artikel Agama -
SMK Menerong di HaTiku...:) Siri 2
21:31 | Author: CaHaYa KeADILaN
Setelah selamat sampai di my room,masing-masing aku tgk mmg keletihan...maklumlah banyak jalan2 tdi...kesian kt adik2 aku nie..huhuhu...xlama kemudian,diorg pun p la mandi dan seterusnya kitorg p surau...perkenalkan kt diorg rutin harian aku kt kampus.....after that,kami bertiga turun p Cafe Restu utk dinner...selera benoiii aku tgk adik2 aku makan...lapar kot..huhu..kami sempat jugak bergambar time kami makan kt cafe...maklumla adik2 nak buat kenangan..huhuhu...Pada malam tu,jam 8.30, kitorg kena p Dewan Budaya utk menyaksikan Malam Persembahan Kebudayaan yg menyaksikan pelbagai jenis kebudayaan,cthnya dikir barat, mak yong, wayang kulit, boria dan sebagainya...Aku bawak la mereka naik bus komuter RST dan seterusnya berjalan kaki melalui jejantas dan seterusnya mengambil bus komuter sekali lagi utk ke Dewan Budaya...adik2 aku cakap,mmg pengalaman manis la..cam dah jadi mahasiswa USM dah...alhamdulillah...semoga suatu hari nanti diorg dpt masuk ke alam university...insyaALLAH. Setelah selesai menyaksikan persembahan kebudayaan tersebut, kami masing-masing pulang ke desasiswa dengan menaiki bus rombongan mereka. Dan pada masa itu, bus komuter RST sudah tamat perkhidmatannya, terpaksala kami berempat ( aku,din,izham dan nik ) jalan kaki mendaki bukit RST untuk sampai ke bilik masing-masing...huhuhu...mmg ponat lotih la...maklumla kan dah sehari suntuk xberehat...Alhamdulillah,akhirnya jua sampaila di bilik kami...Pada awalnya aku igtkan adik2 kesygan aku nie nak tdow dah,tp mereka beria-ria mahu tgk my laptop...apa2 la...gambar2...nak dgr lagu...aku layan karenah diorg...Setelah habis tgk-menengok,tdow la adik2 kesayanganku nie..hehehe...:)

Pada jam seawal 5.30 pagi,masing-masing bangun dan seperti biasa la kan..mandi + kemas diri + solat + dll...kami bertiga sama-sama bergerak ke surau utk menunaikan solat Subuh berjemaah. Setelah selesai, kami kembali ke bilik...dan pada masa itu,aku sempat membuat dan mendaftarkan email baru kepada adik-adik aku...terharu la jgk aku.huhuhu...aku jgk sempat memperkenalkan kpd mereka dunia teknologi internet ini...Yahoo Messenger...Friendster...MySpace dan sebgainya...Pada jam 8.10 pagi, kami bergerak turun ke Cafe Restu utk breakfast..aju hanya minum pagi shj,xmau la aku makan..nti sakit porut..hahaha..Selepas itu kami bergerak ke Padang Kawad utk aktiviti seterusnya...Aktiviti pada pagi itu ialah lawatan ke Bukit Bendera..(peeppp....1st aku nak p Bukit Bendera...lau seblm nie dah byk peluang,tp semuanya xdpt..kali nie btl2 boleh..huhuhu...) Kami bertolak ke Bukit Bendera dalam pukul 9.00 pagi dan kami tiba pada jam 9.35 pagi....
Bagi aku dapat p Bukit Bendera suatu pengalaman yang menyeronokkan...maklumla kt Bukit Bendera nie kita dapat melihat satu kawasan Penang dengan meluas tp pandangan kami ditutupi oleh litupan kabus di nan pagi.....Aku menaiki kabel trip 1 bersama dgn adik2 aku...xmau lepas...nak sama2..hehehe...Kami mmg seronok la time tuu....Selepas kami dibawa kabel tersebut,sampaila kami di puncak Bukit Bendera yg tersohor di Penang tuu...Kami apa lagi bersakan gambar la di atas sane..huhu..Dalam syok2 bergambar,tiba-tiba hujan pun trun..berlari-lari kami mencari tempat berteduh...Aku jgk sempat membeli sepasang baju sbg kenangan di sane..Adik2 aku pun xlepaskan peluang juga utk membeli baju.Aku terharu coz kami ber3 membeli baju yang sama dan kami bertiga sama-sama menulis nama kami ber3 pada baju tersebut...:)
Dari kiri : Helmy,Din,A.Wan,Izham,S-Fie & Ijat
Emm...setelah habis kami di Bukit Bendera,kami bergerak utk lawatan seterusnya ke
>> Rumah P.Ramlee...
>> KOMTAR
>> Queensbay
>> balik ke USM,Penang...:)

Kami semua berasa sungguh seronok walaupun penat letih menguasai...Pelbagai benda kelakar dan lucu sepjang perjalanan kami...Memori manis terpahat di sanubariku...:)

Pada sebelah malam pulak,jam 9.30, mereka dikehendaki berkumpul semula di Padang Kawad utk aktiviti setrsnya. Pada malam itu, abg2 dan kakak2 memperkenalkan diri kpd adik2 semua..dan selepas itu slot motivasi bersama diadakan. Pelbagai perkara dan nasihat dikupas dalam kumpulan kecil yg telah diagihkan. Dalam kumpulan jagaan aku,aku mendapat kesemuanya perempuan...Alhamdulillah,banyak pengetahuan & pengalaman dapat dikongsi bersama-sama..Aku doakan kepada semua adik2 SMK Menerong semoga berjaya dan mendapat keputusan yg baik dlm STPM 2009,insyaALLAH.AAMIN..Oklah aku rasa setakat ini sahaja utk Siri 2 SMK Menerong di HaTiku...:) Kenangan Terindah bersama SMK Menerong...:)

SMK Menerong, Kuala Berang, Terengganu 2009
































SMK Menerong di HaTiku...:) Siri 1
09:37 | Author: CaHaYa KeADILaN
Pada 08 Julai 2009,USM menerima kunjungan rombongan pelajar-pelajar Pra-Universiti SMK Menerong,Kuala Berang,Terengganu. Rombongan mereka dihandle sepenuhnya oleh Perkumpulan Mahasiswa Mahasiswi Terengganu (PERMATA) USM.
Pada awal pagi jam 6.00 pagi, mereka selamat tiba di USM,Penang. Mereka tiba dan berkumpul di Masjid Khalid Al-Walid,USM untuk menunaikan solat Subuh dan kemas diri. Aku pada awalnya sepatutnya berada bersama dgn mereka,tetapi aku hanyut dibuai tidur maklumla diri dilanda demam tambahan pulak bermain hujan pada malamnya plk...Pada malam itu,USM menjadi tuan rumah utk rancangan rakaman Forum Perdana Ehwal Agama di Dewan Tunku Syed Putra (DTSP)..Emmm...jgn lupa saksikan rancangannya ya. pada jam 6.30 pagi,aku baru sedarkan diri dan terus p mandi dan solat Subuh seterusnya bersiap berpakaian untuk ke tempat pelajar-pelajar rombongan itu berkumpul...Aku menunggu sorang kawan aku tu merangkap junior tp tunggu2 dia plk lambat tp xpela...maklumla tumpang motor dgn org...hehehe...Pada jam 7.30 pagi,barulah dapat aku berjumpa dgn bdk-bdk tuu...Kali pertama aku jumpa dgn mereka,aku berkata: waaa,matangnya muka sorang-sorang terutamanya bdk-bdk lelaki...aku cakap camtu coz aku pun ader adik yang sebaya ng mereka tp adik aku muka dia cam budak,still cute..hahaha...Selepas mendengar ucapan drp MT PERMATA,kini tiba giliran aku plk bercakap...ala...perkenalkan diri ja..itu saja..huhu...
Selepas itu,mereka dibawa ke Cafe Desasiswa Fajar Harapan utk bersarapan pagi. Cafe FH trs dipenuhi oleh mereka semua. seperti biasa lah menu di sane...nasi goreng...mee goreng...nasi lemak...kuih-muih..dll..dalam kesibukan mereka bersarapan pagi,aku menyapa salah seorg pelajar tersebut yg duk sorang2 saja di meja makan...katanya terlalu lapar dan trs makan...namanya Rejab...alhamdulillah..cantiknya nama...katanya lahir di bulan Rejab...Aku sempat juga bersarapan dgn sebiji kuih karipap dan secebis agar-agar dan minuman fvrite,air susu..Setelah selesai bersarapan pagi,mereka berkumpul kembali di tempat mereka berkumpul tadi. Untuk aktiviti seterusnya,mereka akan dibawa ke Muzium USM tp difahamkan utk ke Muzium USM dlm pkl 10.00 pagi...Jadi,kami mengatur kembali jadual mereka. Untuk lawatan 1st,mereka akan ke Pusat Pengajian Seni pada jam 9.00 pagi...sementara menunggu masa yang ada,aku membawa 2org pljr ppuan,katanya hdk 'abg wan' bawakan kami jalan2 ke tasik harapan...aku apalagi,ajakla mereka...sorang namanya fiza dan sorang lagi saa...di belakang aku ader lagi 3 org bersama ng 'kak as'...Dalam syok sembang2...sampaila kami di pertengahan tasik...hah,korang nak tahu apa yg berlaku???kami tersekat-sekat dalam trskan perjalanan kaki kami...sbbnya jalan dipenuhi dengan lumpur,kasut kami penuh melekat dgn lumpur...maklumla bru lepas hujan lebat malam tu...Jalan-jalan sampaila kami kembali...
Pada jam 9.00 pagi,bergeraklah kami ke Pusat Pengajian Seni...mereka dibawa oleh 'kak nani' melawat sekitar pusat pengajian tersebut. Bagi aku 1st aku masuk dan melawat secara keseluruhan Pusat Pengajian Seni...maklumla sebelum nie manala nak sempat p melawat school org...bz la katakan..ala lau xbz pun,xp jgk..p pun nak buat mende...huhuhu...
Seterusnya pada jam 10.00 pagi, kami bergerak ke Muzium USM. kami dibawa oleh Abg Aziz dalam penerangan bahagian2 di dlm muzium tersebut..pelbagai pengetahuan yang bermakna dpt diperolehi.....pelbagai sudut dan aspek dapat diperolehi di muzium tersebut. Kesempatan utk bergambar semmgnya tdk dilpskan oleh setiap org yg mengunjunginya...huhu..:)
Seterusnya;
>> sesi melawat kawasan Pusat Mahasiswa + Dewan Budaya + dan kawasan sekitarnya...
>> makan tengahari dan solat zohor berjemaah
>> sesi melawat Perpustakaan Hamzah Sendut 1
>> sesi melawat kawasan sekitar USM
Pada jam 5.00 petang, mereka semua berkumpul di Tasik Aman. Di situ mereka dapat tenang2kan diri..rehat2kan diri...sambil menikmati keindahan tasik USM...yg glamournya dikenali sbg Tasik Biawak...hahaha...aku secara 100 % menghandle aktiviti ptg tu....aku memperkenalkan diri secara sepenuhnya dan menceritakan pengalaman-pengalaman aku semasa di STPM dan juga di university.....alhamdulillah,aku berbangga dgn diriku skrg krn aku dapat merealisasikan impian aku utk masuk ke university...seterusnya masa utk mereka plk memperkenalkan diri kpd aku dan kawan exco yang lain....aku happy sepanjang bersama dgn mereka walaupun 1 hari bru kenal....huhuhu...apa yang aku dpt drp sesi perkenalan itu,mereka tdk cukup berani utk bercakap dan keyakinan utk berkomunikasi.....tp aku yakin dan pasti,insyaALLAH mereka boleh itu semua.....
Pada jam 6.00 petang, aku membawa mereka ke Padang Kawad utk berkumpul bersama-sama dgn abg2 dan kakak2 yang bakal mengambil mereka sebagai adik angkat..huhuhu.....Setibanya mereka di sana, kelihatan abg2 dan kakak2 menanti kehadiran mereka..ada yang bertanya pada aku..: adik angkat abg siape?? ada tu jgk ckp: ambik la saya duduk dgn abg wan....emmm...mcm2 la.....Setelah semua sudah bersedia,upacara penyerahan adik angkat kepada abg2 dan kakak2 bermula la.....dimulakan dgn pelajar-pelajar perempuan dahulu..... setelah selesai melihat gelagat mereka,kini tiba giliran pelajar-pelajar lelaki pulak....masing-masing aku tgk cam berdebar ja....ader jugak cam terlepas ja...maklumla xdpt dgn aku...hahaha...poyol la aku nie....Aku dpt 2 org adik angkat...sorang namanya Din dan sorang lagi namanya Izham.....2-2 baik dan ceria orgnya yg aku nampak.....:) Masing-masing sudah tahu siapa abg dan kakak angkatnya,masing-masing plk dibawa oleh abg dan kakak ke desasiswa masing-masing...aku membawa ke2-2 adik angkat aku balik ke Desasiswa Restu...kami sama-sama pulang dan menaiki bus komutar RST utk sampai ke Desasiswa Restu...aku jugak bersama dgn seorg lagi adik iaitu Nik, adik angkat junior aku...Setelah sampai di desa,aku membawa mereka ke bilik aku...dan seterusnya dalam Siri 2...:)